ATEEN FATIHAH
ABOUT STUFF CBOX LINKS FOLLOW
Welcome to my blog . I HOPE YOU WILL LIKE ALL MY POST..DON'T FORGET TO FOLLOW MY BLOG..^_^ ;3
Couple Or Nikah? Choose the Islamic Way

Assalamualaikum..
insyaAllah entri saya kali ini adalah ' Couple Or Nikah? Choose the Islamic Way". Bagi saya, tajuk ni amat menarik kerana kebanyakan remaja masih rabun untuk mengawal or mengcontrol perasaan cinta mereka yang membuak-buak itu. Statistik dunia sekarang menunjukkan ramai dikalangan remaja memilih jalan yang amat jahannam (maaf ayat kasar).

Okay, bagi mereka couple adalah jalan terbaik bagi mereka untuk mereka mengenali pasangan, tapi, bagi saya, couple ni hanya lakonan, orang yang patut dapat award dalam lakonan adalah orang yang couple ni. Apa kata korang join bidang lakonan? hehe. Yang saya paling tak suka, bila baca twitter, ada satu tweet yang berbunyi, " Lelaki yang berani adalah lelaki yang berani melamar perempuan yang mereka sukai dihadapan khalayak ramai". Bagi saya, "Lelaki yang berani adalah lelaki yang berani berjumpa wali perempuan itu untuk ajak Kahwin".



Perasaan kahwin tu memang indah, macam pelangi gitu, penuh warna warni. Jika awak pilih jalan couple, bukan penuh dengan warna warni, tapi penuh dengan kegelapan. Percayalah, Syaitan paling happy bila anak cucu Adam pilih jalan kegelapan. Syaitan cakap, "Baguslah, aku sudah berjaya menyesatkan anak cucu Adam".

Tapi ingat, perkahwinan tidak semudah ABC, tapi, semestinya sebest ABC (Air Batu Campur). Tanggungjawab dan amanah tu penting. Ishh, apa nak citer pasal kahwin pulak ni. Pasal kahwin, insyaAllah entri seterusnya.

Perempuan selalu cakap, "Kalau awak benar sukakan saya, jumpalah wali saya". Sememangnya ada lagi lelaki yang ingin ketemu wali untuk dijadikan isteri. Tapi banyak halangan untuk mendapat jalan Halal ni. Sama seperti kita nak dapatkan Syurga, ingat senang ke. Banyak halangan dan rintangannya. Untuk berjumpa dengan wali perempuan, lelaki kena bersedia dari segi mental dan fizikal.

Maksudnya disini, pelajaran agama tu penting, biasa la nak jaga anak orang ni, kalau nak jaga anak monyet tu takper la. Hehe.. Bagi ibubapa zaman sekarang, mereka kearah menjual anak, mereka meletakkan mas kahwin yang begitu tinggi sehingga membebankan kaum lelaki ni. Nabi pernah bersabda, "Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kahwinnya". Kepada ibubapa, janganlah memilih sangat, jangan gila harta.. Harta hanya sementara, ilmu tu yang penting.



Cuba awak semua fikir sejenak, begitu susah untuk ketemu wali perempuan dan mendapatkan cara yang Halal, berbanding ketemu perempuan lalu dijadikan Girlfriend dan mengikut jalan Haram. Sesungguhnya yang Halal itu susah. Bak kata pepatah, "Bersusah- susah dahulu, bersenang- senang kemudian" maksudnya untuk mendapatkan Syurga itu susah, sama seperti yang Halal. So, bersiap sedialah untuk memantapkan iman. InsyaAllah, Allah permudahkan segalannya.






Labels: , , , , , ,

5 Comments
Blogger Daikira-Chan said...

well done my dear sis... :)

 
Blogger Daikira-Chan said...

well done.. :)

 
Anonymous Daikira... said...

well done... :)

 
Anonymous Anonymous said...

well done

 
Blogger Wafi Remli said...

Jalan ke neraka dipenuhi banyak keseronokan manakala jalan ke syurga banyak yang cuba menghalang

 

Post a Comment





Older Post | Newer Post