ATEEN FATIHAH
ABOUT STUFF CBOX LINKS FOLLOW
Welcome to my blog . I HOPE YOU WILL LIKE ALL MY POST..DON'T FORGET TO FOLLOW MY BLOG..^_^ ;3
Allah kurniakan apa yang terbaik untukku~

Assalamualaikum...baru-baru dapat result yang ditunggu-tunggu..iaitu result UPS(ujian pertengahan semester)..sehari sebelum dapat result ni takder la nervous seperti nak dapat result PSPM.Just tertanya-tanya jer.

Pada pagi Isnin,iaitu ketika semua pelajar kuliah F1 ber kokurikulum.Selepas main softball,guru kokurikulum pun cakap,"Saya dah tengok result UPS kamu semua...".First semua orang kata cikgu tu tipu sebab dia selalu buat lawak.Tapi saya yakin betul apa yang cikgu cakap..sebab selepas tu cikgu cakap kat saya,"betul ni,saya tak tipu kali ni..serius".Saya dan sahabat pun pergi la ke Dewan Al-Farabi nak menjenguk result la katakan.Ada yang terus pulang ke kompel sebab tak percayakan kata-kata cikgu..hehe..

Time pergi tu,tak ramai pun orang..yang ada pun pelajar kuliah F1 yang bersukan dalam dewan tersebut..pelajar KMPP yang lain masih ada kelas.Lepas tu tengok la result seperti yang diatas.Yang B tu BI..spoil mood jer,yakin dah boleh jawab tapi nak buat camner dah rezeki dapat setakat tu.Subjek Mathematics,Chemistry,dan Science Computer dapat A solid.Physics pula dapat A-.Dah la subjek feveret.Tapi pasrah je la.Sekurangnya takder B dan C pun syukurlah.

Lepas tengok result,ada amali Chemistry,semua muka pelajar F1P4 macam takder mood.Semua taknak cakap pasal result UPS.Saya pun turut senyap time tu.Lepas tu call abah,"Abah,result along down..maybe along pernah buat salah..".Masa ni rasa macam nak nangis jer,tapi tak nak la(malu kot).Abah cakap dengan suara gembira lagi,"Okay la tu,3A 1A-..Tahniah along..down apa pula..nati PSPM 2 buat baik-baik tau..biar dapat 4flat".See...dengar suara parents bagi semangat terus rasa bersemangat.

Saya bersyukur sangat dengan result ni.Tapi,ada seorang hamba Allah ni menanyakan result saya,saya pun cakap la sebetulnya.Lepas tu dia cakap,"Haa..lain kali jangan overconfident..".Tahu tak perasaan saya time dia cakap camtu camner.Saya just senyap,tak nak gaduh.Sejak bila pula saya overconfident?Maybe dia fikir,disebabkan result PSPM 1 saya dapat 4 flat,saya yakin yang UPS2 pun saya dapat 4 flat.Dia terus sambung,"Buat latihan Physics selalu pun tak semestinya dapat A kot".Okay,selepas dengar tu,semangat terus down..Terus jadi tak bersyukur dengan result tadi.Rasa macam nak nangis jer.

Lepas tu ada tutorial English di Library..ketika duduk di atas kerusi,ada seorang sahabat tanya,"Ateen,kenapa?".Maybe dia nampak muka macam nak nangis kot.Saya balas,"sorry la..takder mood".Dia balas,"Ateen,jujur..muka awak macam nak nangis jer..cakap la kenapa?".Lepas dia tanya macam tu saya terus nangis.Hanya Allah yang tahu perasaan sedih time tu.Saya pun cerita kepadanya dari awal hingga akhir.Dia beri kata-kata semangat,"Dia bukan sahabat yang baik..jika dia sahabat yang baik,dia akan terus beri semangat kepada kita..bukan menjatuhkan kita..result Ateen tinggi kot..ikut pointer pun 3.9..jangan pedulikan dia..kami ada".Terharu rasanya ada sahabat yang beri semangat.Datang la pula dua,tiga orang sahabat yang beri semangat.Thanks sahabat.Love You..

Selepas dengar kata-kata semangat daripada parents dan sahabat,semangat terus membara,"I KNOW,I CAN DO BETTER THAN THIS".Ujian Allah beri 3A 1A- ni sebab Allah inginkan yang terbaik buat saya..Maybe,Allah nak beri 4 flat tyme PSPM2..insyaAllah.Ada seorang sahabat pernah nasihat,"Allah beri rendah time UPS sebab Allah nak Ateen terus berusaha..Dia nak Ateen terus bersemangat nak belajar..Dia nak Ateen selalu ingat akan Dia..".

Thanks kepada semua yang telah memberi semangat kepada saya..
InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk masa yang akan datang..
saya juga turut mendoakan kejayaan sahabat saya yang baik hati itu<3

sekian...wassalam ^_^

Labels: , , , , , , ,

6 Comments
Anonymous Anonymous said...

teennn..chaiyyok2..hee

 
Blogger ateen_fatihah said...

Ok...insyaAllah...thank you..>_<

 
Blogger Insan Biasa said...

done follow

 
Blogger Amelia said...

good luck for the future okay! ALLAH tahu apa yg terbaik untuk kita :)

 
Blogger ateen_fatihah said...

terima kasih semua...:)

 
Blogger noraqilahjohari said...

all the best dear :)

 

Post a Comment





Older Post | Newer Post