ATEEN FATIHAH
ABOUT STUFF CBOX LINKS FOLLOW
Welcome to my blog . I HOPE YOU WILL LIKE ALL MY POST..DON'T FORGET TO FOLLOW MY BLOG..^_^ ;3
SETIAP NAFASKU...


  Hidup semestinya lebih bermakna jika kita menikmati setiap saat itu dengan penuh bermakna.Macam cuti ni la,bagi orang-orang yang nak melangsungkan perkahwinan,waktu ni paling menarik sehingga habis cuti tergadai.Nak pergi melancong pun susah.Pagi tadi,mama,mak saudara,pak saudara dan warga emas pun pergi ke tiga majlis perkahwinan.Sibuk satu hari,disebabkan orang dewasa meninggalkan anak-anak mereka kepada orang muda ni.Terpaksa la jaga budak-budak yang terdiri daripada pelbagai umur.Nasib baik semuanya budak baik.

 Senang jer nak pujuk budak-budak ni,on PS2 pastu senyap la semua.Yang paling parah bila semua dah lapar dan nak makan.Habis la budak-budak comel ni minta...biasanya,kerepok,french fries,roti canai,nasi...nasib baik tak minta chicken chop..Kalau minta chicken chop makan chopstick je la yer..chopstik tu ada la kat rumah..

 Best la main ngan sepupu-sepupu yang comel.Walaupun kadang-kadang nakal sikit,tapi bila semua dah nak balik ke kampung halaman masing-masing sedih la pula.Bila lihat sepupu-sepupu yang kecil comel berkawan pastu bergaduh,tiba-tiba teringat masa kecil-kecil dulu.Dengan dia kita kawan,dengan dia juga kita bergaduh.Berkawan sehingga sanggup bina khemah sebab nak tidur ramai-ramai,tapi bila bergaduh mula la buat perangkap masing-masing.

 Tetapi,semuanya sudah berlalu..semuanya sudah meningkat dewasa dan memilih haluan masing-masing,tapi,bila berkumpul semula konfirm terasa macam masa kecil-kecil dulu.Rasa cam kembali ke zaman 10 tahun yang lepas.

Setakat itu je coretan masa cuti ini....

 


Labels: , ,

0 Comments

Post a Comment





Older Post | Newer Post