ATEEN FATIHAH
ABOUT STUFF CBOX LINKS FOLLOW
Welcome to my blog . I HOPE YOU WILL LIKE ALL MY POST..DON'T FORGET TO FOLLOW MY BLOG..^_^ ;3
Segalanya Sudah Terbalas...Alhamdulillah..

    Terbalas kerinduanku terhadap sekolah lamaku,Maahad Muhammadi Perempuan apabila berjaya menjejakkan kaki kembali ke tempat tersebut setelah selama beberapa bulan tidak merasainya...Alhamdulillah,hari ini,Khamis..adikku yang sekarang merupakan salah seorang pelajar Maahad Muhammadi Perempuan..setiap hari Khamis pada minggu balik,mama akan menjemputnya pulang ke rumah..kebetulan pada hari ini saya berada di rumah..

    Ketika kereta Toyota Wish kepunyaan abah memasuki kawasan sekolah tersebut..terasa sebak di dada kerana betapa rindunya diri ini kepada Maahad Muhammadi Perempuan..tapi malangnya,apabila lihat wajah pelajar Maahad Muhammadi Perempuan..tiada seorang pun yang ku kenali..semuanya wajah pelajar baru yang comel-comel belaka...^_^



    Semasa menunggu kehadiran adik yang dari tadi tak muncul kat pagar Aspuri...aku melihat sekeliling...tiba-tiba,perasaan gembira tidak terkata apabila melihat juniorku yang sekarang berada di tingkatan lima bersama adiknya keluar daripada pintu Aspuri..aku terus turun daripada kereta dan memanggil namanya...dia pun muka terkejut macam tengok hantu jer..dia macam tak sangka dapat berjumpa kembali..terus dia bersalam-salaman dan menyakat senior dia ni...hehe...

    Setelah beberapa minit...keluar pula dua orang  junior yang satu bilik ketika aku tingkatan lima..jumpa senior kesayangan yang sudah lama terpisah..hehe..rindu betul diorang..hehe...aku pun rindu juga dengan junior-junior kesayangan...

    Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan kembali diri ini dengan Maahad Muhammadi Perempuan...dimana tempatku belajar ilmu agama...



Maahad Muhammadi Perempuan...sekolah yang ter'famous' in kelantan...i mean,in Malaysia..hehe...




Labels: , , , ,

0 Comments

Post a Comment





Older Post | Newer Post