ATEEN FATIHAH
ABOUT STUFF CBOX LINKS FOLLOW
Welcome to my blog . I HOPE YOU WILL LIKE ALL MY POST..DON'T FORGET TO FOLLOW MY BLOG..^_^ ;3
Ingin Berjaya Perlukan Pengorbanan

Nukilan senior KMPP(kolej matrikulasi pulau pinang) yang sekarang sudah berjaya...

      4 Flat Matrikulasi/Asasi dan First Class Degree [Motivational Entry]Kejayaan Duniawi dan Akhirawi.Ramai yang bertanya, apa rahsia kejayaan Syuk?Sungguh, tiada niat untuk Riak atau Takbur. Hanya ingin berkongsi apa yang Syuk alami.Biar Allah sahaja menilai niat Syuk. Kita manusia tiada apa-apa keistimewaan dalam menilai seseorang, sungguh! :')Syuk pernah dan dulu selalu merasakan "Kegagalan".. Result Syuk, UPSR 1A, PMR 3A, SPM 3A.. Kedudukan dalam kelas selalu menjadi yang tercorot..Allahurabbi, Allah je tahu perasaan kecewakan ibu,ayah,keluarga dan guru Syuk waktu dahulu..Matrikulasi, Detik untuk Perubahan.

    Perubahan Perlukan Usaha, Usaha Perlukan Masa.Seorang hamba Allah menasihati Syuk, Kalau nak berubah dan berjaya akan sesuatu matlamat kita kena selalu ingat DUIT. Apa itu DUIT? DUIT = Doa + Usaha + Ikthiar + TawakalMesti dah biasa dengar kan? Ada kita pernah cuba praktik secara sungguh-sungguh?Soal diri kita semula. Doa macam mana lagi yang hendakku pohon? Usaha macam mana lagi yang nak aku buat? Ikhtiar macam mana lagi patut aku cari? Tawakal macam mana lagi perasaan aku yang hendak aku serahkan?Berdasarkan pengalaman Syuk menjawab :DOA : Berdoalah secara Istiqamah, sebelum Syuk memasuki fasa perubahan (sebelum daftar matrik) lagi Syuk dah mula berdoa setiap hari "Oh Allah, Kurniakan Aku Keputusan yang Cemerlang dan yang Terbaik Buatku". Non-Stop hingga hari ini, kerana sudah terbiasa lidah.
 
    Ganjarannya Alhamdulillah, moga bukan Istidraj (sesuatu pemberian tanpa serta redha Allah).Jangan pohon 4 Flat pula, adakalanya ia bukan terbaik buat kita. Pohon apa yang terbaik buat kita, Allah tahu akan setiap sesuatu firmanNya. "...perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..."Surah Al-Baqarah [2:216]USAHA : Usaha bukan takat, hari ni buat tutorial (kerja rumah), esok lusa tengok wayang, nyanyi, karaoke dan hiburan lain secara berlebihan. Usaha dalam konteks DUIT ini adalah Usaha yang berterusan, BIAR SIKIT ASAL ISTIQAMAH. InsyaAllah.Man Jadda Wa Jadda [Sesiapa yang berusaha, pasti dia akan berjaya]IKHTIAR : Ikhtiar apa sahaja yang boleh membawa kita hampir dengan satu matlamat itu. Sebagai contoh, kita ingin menjadi seorang yang mempunyai ingatan yang kuat. Kita boleh cari madu, buah zaiton, kismis, kurma atau apa-apa sahaja yang boleh bantu kita untuk tingkatkan ingatan kita. Tak sama erti dengan Usaha, Usaha pabila kita nak mempunyai ingatan yang kuat, kita berlatih menghafal nombor atau abjad sebagai contoh dalam masa beberapa detik atau hafal satu teks dan cuba recall semula. Mudah bukan? InsyaAllah, dalam apa jua urusan, selalu letakkan niat kerana Allah, lebih afdhal dan berkat amalan kita itu :)TAWAKAL : Setiap Usaha, Perbuatan dan juga Amalan, Pengakhirannya adalah Tawakal.. Tawakal bermaksud kita serahkan segala usaha dan amalan kita untuk dinilai oleh Allah azza wajalla, adakah layak dan baik bagi kita Allah kurniakan apa yang kita hajati? Kadang kala bukan Allah tak makbulkan, Allah hanya cuma uji sedikit kerana Dia mahu berikan lebih baik daripada apa yang kita hajati. Sebagai contoh berdasarkan pengalaman Syuk.
    
       Syuk dulu nak sangat dapat semua A dalam Ujian Pertengahan Semester Matrikulasi 1, Allah tak makbulkan, sebaliknya Allah kurniakan 4 pointer untuk Peperiksaan Akhir Matrikulasi 1 & 2.. Allah, tak tahu berapa kali ntah mahu lafazkan kesyukuran terhadapNya. "Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".Surah Ali-Imran [3:159]#POINT PENTING#Beristiqamahlah dalam Doa,Berusahalah selagi mana ada Daya,Jaga Hubungan dengan Allah, Nescaya Allah akan menjaga segala keperluan kita,Yakin bahawa Doa kita akan di Makbulkan,Dekatkan diri dengan Allah, Syuk Pendosa, begitu juga kita Semua. Tapi tak bermakna Allah tidak akan hampir dengan kita buat selama-lamanya.Usaha mendalami dan dekatkan diri dengan Islam, agamaNya.Allah tak nilai tinggi mana ilmu agama kita, selagi kita berusaha untuk tingkatkan ilmu agama kita.

       Allah tidak lihat kecerdikan, Allah lihat USAHA dan IKHLAS dalam diri kita.Secara jujur, Syuk bukan dikalangan orang yang baik dahulu kala, solat umbang ambing, quran baca merangkak adakala tak berbunyi langsung, ikhtilat lagi tak pernah jaga, campur gaul lelaki perempuan. Tapi Percayalah. Allah tidak lihat kecerdikan kita sekarang, Allah lihat USAHA dan IKHLAS dalam diri kita.Layakkah kita masuk SYURGA Allah? Kejayaan Dunia boleh menjamin Akhirat? Tak boleh ke kita berjaya Dunia Akhirat sekali gus? Apa amalan yang kita ada sekarang ni? Amalan harian kita cukup? Sunnah apakah kita turuti? Al-Quran adakah kita praktis secara amali? Allahurabbi, banyak dosa kita ini. Sedar sedar sedar.Aku tak mahu masuk Syurga dengan markah cukup-cukup makan. Aku nak dekati para sahabat Rasul SAW, Orang Beriman, Orang Syahid, Kekasih-kekasih Allah. Mahu rapaaaat dengan Allah SWT. Allah, Kami Mahu SYURGAMU.MUHASABAH DIRI . Titiskan Air Mata Kita Kerana Allah.Nukilan dari Hamba Allah yang daif dan penuh dengan cacat cela. Kurang pengetahuan ilmu dunia akhirat yang cuba untuk sampaikan dakwah dan nasihat dengan cara yang dia termampu. Syukri Norhamshah.

      Saksi penceritaan dan kisah daku ini adalah benar adalah Allah..Guru Kaunseling yang tak pernah serik dengan masalahku, Siti Noraniza Hana.Kaunselor Matrikulasi ku yang melihat raut wajah sedihku, Rashimi Rashid.Pensyarah Fizik yang selalu beri nasihat kepadaku, Sabariah Mat Razi.Saksi bagi Resultku dahulu dan sekarang ahli keluargaku sendiri Niyaz Arumi,Norhamshah Yaacob, Azza Huniey Buniey dan Rizal Murni.Mahukan Kejayaan Dunia Akhirat, Selitkan Keikhlasan dan Tautkan Hatimu Pada Tuhan.Impikan Keluarga Sakinah, Sahabat yang Itsar, Kehidupan yang Barakah, Syurga yang Indah. ♥

credit to @shukri norhamshah...

credit picture to myself....

Labels: , , , ,

6 Comments
Blogger Unknown said...

terbaik la...
boleh dijadikan contoh ni :)

 
Blogger ateen_fatihah said...

yeah...sekarang insan tersebut tlh sambung belajar ke jepun

 
Blogger Fakhruddin said...

bleh sy tnya,
result nk masuk matrik brapa A nak ya?

 
Blogger ateen_fatihah said...

result nk masuk matrik??lbih kurang 4A keatas time dulu la...tp skarang x tau la...blh jer cuba..mana tahu ada rezeki..

 
Blogger Fakhruddin said...

best la dulu,
mudahnya nak masuk..

hope result SPM dpat yg tbaik,,
TQ ya...hehe

 
Blogger ateen_fatihah said...

insyaAllah boleh...amin...
tp yg pastinya,bila masuk matrik mmg kna ada azam yg btul2 mantap..br blh pointer yg bagus...^_^

 

Post a Comment





Older Post | Newer Post