ATEEN FATIHAH
ABOUT STUFF CBOX LINKS FOLLOW
Welcome to my blog . I HOPE YOU WILL LIKE ALL MY POST..DON'T FORGET TO FOLLOW MY BLOG..^_^ ;3
Jalan Yang Penuh Liku dan Ujian

Assalamualaikum.


Ya, tiada kemanisan dan keindahan hidup jika tiadanya ujian dan dugaan. Allah Maha Pemberi Ujian, Allah amat merindui rintihan hambaNya yang sering melupakanNya.

Ya, seringkali aku lupa bahawa Allah adalah Penciptaku. Aku lalai dengan nikmat dunia, aku terpedaya dengan semua yang ada di dunia. Yang aku kejar hanyalah dunia, bukannya akhirat. Yang aku kejar hanyalah cinta manusia, bukannya cinta Sang Pencipta. Astaghfirullah.

Ya, kerana itu Allah turunkan ujian dan dugaan keatasku. Agar aku sedar kewujudan aku di bumi ini hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya, untuk kembali kepadaNya. Tapi, bila ujian itu mendatang, aku merungut, aku salahkan Tuhan bukannya diriku sendiri, aku alpa dan aku lalai daripada mengingatiMu, ya Allah.

Ya, aku patut bersyukur atas ujian ini, aku perlu terus untuk mengabdikan diriku hanya padaMu. Bukannya pada manusia yang tidak kekal yang tidak dapat membantuku. Hanya padaMu Ya Allah, Pencipta segala Alam dan isinya. Allahurabbi...


0 Comments


Couple Or Nikah? Choose the Islamic Way

Assalamualaikum..
insyaAllah entri saya kali ini adalah ' Couple Or Nikah? Choose the Islamic Way". Bagi saya, tajuk ni amat menarik kerana kebanyakan remaja masih rabun untuk mengawal or mengcontrol perasaan cinta mereka yang membuak-buak itu. Statistik dunia sekarang menunjukkan ramai dikalangan remaja memilih jalan yang amat jahannam (maaf ayat kasar).

Okay, bagi mereka couple adalah jalan terbaik bagi mereka untuk mereka mengenali pasangan, tapi, bagi saya, couple ni hanya lakonan, orang yang patut dapat award dalam lakonan adalah orang yang couple ni. Apa kata korang join bidang lakonan? hehe. Yang saya paling tak suka, bila baca twitter, ada satu tweet yang berbunyi, " Lelaki yang berani adalah lelaki yang berani melamar perempuan yang mereka sukai dihadapan khalayak ramai". Bagi saya, "Lelaki yang berani adalah lelaki yang berani berjumpa wali perempuan itu untuk ajak Kahwin".



Perasaan kahwin tu memang indah, macam pelangi gitu, penuh warna warni. Jika awak pilih jalan couple, bukan penuh dengan warna warni, tapi penuh dengan kegelapan. Percayalah, Syaitan paling happy bila anak cucu Adam pilih jalan kegelapan. Syaitan cakap, "Baguslah, aku sudah berjaya menyesatkan anak cucu Adam".

Tapi ingat, perkahwinan tidak semudah ABC, tapi, semestinya sebest ABC (Air Batu Campur). Tanggungjawab dan amanah tu penting. Ishh, apa nak citer pasal kahwin pulak ni. Pasal kahwin, insyaAllah entri seterusnya.

Perempuan selalu cakap, "Kalau awak benar sukakan saya, jumpalah wali saya". Sememangnya ada lagi lelaki yang ingin ketemu wali untuk dijadikan isteri. Tapi banyak halangan untuk mendapat jalan Halal ni. Sama seperti kita nak dapatkan Syurga, ingat senang ke. Banyak halangan dan rintangannya. Untuk berjumpa dengan wali perempuan, lelaki kena bersedia dari segi mental dan fizikal.

Maksudnya disini, pelajaran agama tu penting, biasa la nak jaga anak orang ni, kalau nak jaga anak monyet tu takper la. Hehe.. Bagi ibubapa zaman sekarang, mereka kearah menjual anak, mereka meletakkan mas kahwin yang begitu tinggi sehingga membebankan kaum lelaki ni. Nabi pernah bersabda, "Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kahwinnya". Kepada ibubapa, janganlah memilih sangat, jangan gila harta.. Harta hanya sementara, ilmu tu yang penting.



Cuba awak semua fikir sejenak, begitu susah untuk ketemu wali perempuan dan mendapatkan cara yang Halal, berbanding ketemu perempuan lalu dijadikan Girlfriend dan mengikut jalan Haram. Sesungguhnya yang Halal itu susah. Bak kata pepatah, "Bersusah- susah dahulu, bersenang- senang kemudian" maksudnya untuk mendapatkan Syurga itu susah, sama seperti yang Halal. So, bersiap sedialah untuk memantapkan iman. InsyaAllah, Allah permudahkan segalannya.






Labels: , , , , , ,

5 Comments


Jangan sesekali kamu mendekati zina

Assalamualaikum..
okay, entry saya kali ni tentang 'Jangan sesekali kamu mendekati zina'
bukan apa, terlalu ramai remaja sekarang terjerumus kedalam zina.
Awak kena tahu, zina bukan sahaja melakukan hubungan seks bagi pasangan yang belum halal, tetapi banyak cabangnya,jika kamu tahu satu ayat Al- Quran, jangan saja mengambil ayat tersebut dan praktiskan ia tanpa kamu mengkaji.



Zina ni terbahagi kepada banyak cabang,  couple ni antara satu perbuatan yang mendekati zina, mendedahkan aurat juga boleh mendekati zina, contohnya "apa salahnya, kalau saya couple tapi saya dan pasangan saya berjauhan, kalau contact pun mesej pasal isu-isu keagamaan dan pelajaran". Oh, liciknya kau wahai syaitan, kau hasut umat Nabi Muhammad dengan pelbagai cara untuk menghalalkan yang haram, walaupun duduk berjauhan, hati masih ada, dengan mengingati 'si dia' ia boleh termasuk dalam zina hati, Ya Allah, susah sungguh untuk menjaga zina hati ni.


Zina telinga berlaku apabila, seorang pasangan ni bercakap sesuatu yang boleh meransangkan nafsu masing- masing, maksudnya saling melontarkan kata-kata manis. Zina mata bermaksud apabila seseorang itu melihat perkara yang boleh meransangkan nafsu masing- masing dan banyak lagi jenis zina, jangan kita anggap perkara zina ini amat remeh, Zina ni adalah satu cara Yahudi untuk menjatuhkan umat Islam, pernahkah kamu berfikir? Nikmat sangat ke couple sebelum nikah? Sungguh, perkara maksiat itu lebih manis dilakukan kerana balasan yang Allah bagi tu sungguh pahit. "Alah, takper, kami hanya dekati zina hati, zina telinga, mata dan lain - lain jauh sekali sebab kami couple jarak jauh". Dah Allah berfirman, "Jangan sesekali kamu mendekati zina" so janganlah, ni masih nak cari alasan untuk couple. Kalau nak couple sangat, kahwin cepat- cepat, itu adalah cara terbaik.




Maafkan saya andai saya emosi ketika sedang menaip entri ni, sebab Yahudi sedang menaiki tangga untuk menjatuhkan umat Islam. Perkara ni amatlah serius walaupun ia tak di tunjukkan di dalam berita. Sudahkah anda sedar??




Labels: , , ,

4 Comments


Nak berjaya??Bacer ni!!

Assalamualaikum..ramai sahabat-sahabat yang tanya,"macam mana nak study secara efektif..??".Saya just senyap..tak tahu nak jawab apa..bagi saya nak belajar secara berkesan adalah dengan selalu buat latihan la,ibaratnya,'macam mana seorang atlet nak jadi olahraga olimpik jika tiada latihan dan persediaan'.Macam kehidupan kita juga,macam mana nak dapat straight A jika usaha kita bukan straight A.

Sahabat yang saya kasihi kerana Allah,jangan lupa ibadat kita dengan Allah..itulah kunci kejayaan kita..apa gunanya kita berjaya jika tiada keredhaan Allah tu..Persoalannya sudah terjawab..iaitu jaga hubungan dengan Allah dan manusia..

Yang penting sekarang adalah betulkan niat kita belajar hanya kerana Allah..bukan sahaja ilmu dunia malah ilmu akhirat tu lagi penting.Jadi,ilmu dunia dan ilmu akhirat itu wajiblah seiring..insyaAllah..Siapa-siapa yang ada cara yang lebih berkesan..bolehlah share-share..^_^



Labels: , , , ,

0 Comments


Allah kurniakan apa yang terbaik untukku~

Assalamualaikum...baru-baru dapat result yang ditunggu-tunggu..iaitu result UPS(ujian pertengahan semester)..sehari sebelum dapat result ni takder la nervous seperti nak dapat result PSPM.Just tertanya-tanya jer.

Pada pagi Isnin,iaitu ketika semua pelajar kuliah F1 ber kokurikulum.Selepas main softball,guru kokurikulum pun cakap,"Saya dah tengok result UPS kamu semua...".First semua orang kata cikgu tu tipu sebab dia selalu buat lawak.Tapi saya yakin betul apa yang cikgu cakap..sebab selepas tu cikgu cakap kat saya,"betul ni,saya tak tipu kali ni..serius".Saya dan sahabat pun pergi la ke Dewan Al-Farabi nak menjenguk result la katakan.Ada yang terus pulang ke kompel sebab tak percayakan kata-kata cikgu..hehe..

Time pergi tu,tak ramai pun orang..yang ada pun pelajar kuliah F1 yang bersukan dalam dewan tersebut..pelajar KMPP yang lain masih ada kelas.Lepas tu tengok la result seperti yang diatas.Yang B tu BI..spoil mood jer,yakin dah boleh jawab tapi nak buat camner dah rezeki dapat setakat tu.Subjek Mathematics,Chemistry,dan Science Computer dapat A solid.Physics pula dapat A-.Dah la subjek feveret.Tapi pasrah je la.Sekurangnya takder B dan C pun syukurlah.

Lepas tengok result,ada amali Chemistry,semua muka pelajar F1P4 macam takder mood.Semua taknak cakap pasal result UPS.Saya pun turut senyap time tu.Lepas tu call abah,"Abah,result along down..maybe along pernah buat salah..".Masa ni rasa macam nak nangis jer,tapi tak nak la(malu kot).Abah cakap dengan suara gembira lagi,"Okay la tu,3A 1A-..Tahniah along..down apa pula..nati PSPM 2 buat baik-baik tau..biar dapat 4flat".See...dengar suara parents bagi semangat terus rasa bersemangat.

Saya bersyukur sangat dengan result ni.Tapi,ada seorang hamba Allah ni menanyakan result saya,saya pun cakap la sebetulnya.Lepas tu dia cakap,"Haa..lain kali jangan overconfident..".Tahu tak perasaan saya time dia cakap camtu camner.Saya just senyap,tak nak gaduh.Sejak bila pula saya overconfident?Maybe dia fikir,disebabkan result PSPM 1 saya dapat 4 flat,saya yakin yang UPS2 pun saya dapat 4 flat.Dia terus sambung,"Buat latihan Physics selalu pun tak semestinya dapat A kot".Okay,selepas dengar tu,semangat terus down..Terus jadi tak bersyukur dengan result tadi.Rasa macam nak nangis jer.

Lepas tu ada tutorial English di Library..ketika duduk di atas kerusi,ada seorang sahabat tanya,"Ateen,kenapa?".Maybe dia nampak muka macam nak nangis kot.Saya balas,"sorry la..takder mood".Dia balas,"Ateen,jujur..muka awak macam nak nangis jer..cakap la kenapa?".Lepas dia tanya macam tu saya terus nangis.Hanya Allah yang tahu perasaan sedih time tu.Saya pun cerita kepadanya dari awal hingga akhir.Dia beri kata-kata semangat,"Dia bukan sahabat yang baik..jika dia sahabat yang baik,dia akan terus beri semangat kepada kita..bukan menjatuhkan kita..result Ateen tinggi kot..ikut pointer pun 3.9..jangan pedulikan dia..kami ada".Terharu rasanya ada sahabat yang beri semangat.Datang la pula dua,tiga orang sahabat yang beri semangat.Thanks sahabat.Love You..

Selepas dengar kata-kata semangat daripada parents dan sahabat,semangat terus membara,"I KNOW,I CAN DO BETTER THAN THIS".Ujian Allah beri 3A 1A- ni sebab Allah inginkan yang terbaik buat saya..Maybe,Allah nak beri 4 flat tyme PSPM2..insyaAllah.Ada seorang sahabat pernah nasihat,"Allah beri rendah time UPS sebab Allah nak Ateen terus berusaha..Dia nak Ateen terus bersemangat nak belajar..Dia nak Ateen selalu ingat akan Dia..".

Thanks kepada semua yang telah memberi semangat kepada saya..
InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk masa yang akan datang..
saya juga turut mendoakan kejayaan sahabat saya yang baik hati itu<3

sekian...wassalam ^_^

Labels: , , , , , , ,

6 Comments


Cara-cara Solat sunat Istikharah...

  Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;

   Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

    la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul..


Cara Solat Istikharah:

1.Lafaz niatnya:


"Daku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah s.w.t"

2.Antara surah yang dianjurkan:

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

3.Dalam sujud terakhir baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

"Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!"


3.Sebelum bangkit dari sujud,mohonlah kepada Allah s.w.t,dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

4.Selesai memberi salam,bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w,para sahabat Baginda,para wali Allah dan seluruh umat Islam.

5.Membaca doa sunat istikharah:


6.Ulangi doa tersebut sebanyak 3 kali.Dalam berdoa sebaiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT.

7.Serahkan sepenuh keyakinan kepada Allah s.w.t

Lakukan sebanyak 3 atau 7 kali berturut-turut.InsyaAllah Allah akan memberi petunjuk yang sebaiknya...

copy from: http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-istikharah/







Labels: , , , , ,

0 Comments


Ingin Berjaya Perlukan Pengorbanan

Nukilan senior KMPP(kolej matrikulasi pulau pinang) yang sekarang sudah berjaya...

      4 Flat Matrikulasi/Asasi dan First Class Degree [Motivational Entry]Kejayaan Duniawi dan Akhirawi.Ramai yang bertanya, apa rahsia kejayaan Syuk?Sungguh, tiada niat untuk Riak atau Takbur. Hanya ingin berkongsi apa yang Syuk alami.Biar Allah sahaja menilai niat Syuk. Kita manusia tiada apa-apa keistimewaan dalam menilai seseorang, sungguh! :')Syuk pernah dan dulu selalu merasakan "Kegagalan".. Result Syuk, UPSR 1A, PMR 3A, SPM 3A.. Kedudukan dalam kelas selalu menjadi yang tercorot..Allahurabbi, Allah je tahu perasaan kecewakan ibu,ayah,keluarga dan guru Syuk waktu dahulu..Matrikulasi, Detik untuk Perubahan.

    Perubahan Perlukan Usaha, Usaha Perlukan Masa.Seorang hamba Allah menasihati Syuk, Kalau nak berubah dan berjaya akan sesuatu matlamat kita kena selalu ingat DUIT. Apa itu DUIT? DUIT = Doa + Usaha + Ikthiar + TawakalMesti dah biasa dengar kan? Ada kita pernah cuba praktik secara sungguh-sungguh?Soal diri kita semula. Doa macam mana lagi yang hendakku pohon? Usaha macam mana lagi yang nak aku buat? Ikhtiar macam mana lagi patut aku cari? Tawakal macam mana lagi perasaan aku yang hendak aku serahkan?Berdasarkan pengalaman Syuk menjawab :DOA : Berdoalah secara Istiqamah, sebelum Syuk memasuki fasa perubahan (sebelum daftar matrik) lagi Syuk dah mula berdoa setiap hari "Oh Allah, Kurniakan Aku Keputusan yang Cemerlang dan yang Terbaik Buatku". Non-Stop hingga hari ini, kerana sudah terbiasa lidah.
 
    Ganjarannya Alhamdulillah, moga bukan Istidraj (sesuatu pemberian tanpa serta redha Allah).Jangan pohon 4 Flat pula, adakalanya ia bukan terbaik buat kita. Pohon apa yang terbaik buat kita, Allah tahu akan setiap sesuatu firmanNya. "...perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..."Surah Al-Baqarah [2:216]USAHA : Usaha bukan takat, hari ni buat tutorial (kerja rumah), esok lusa tengok wayang, nyanyi, karaoke dan hiburan lain secara berlebihan. Usaha dalam konteks DUIT ini adalah Usaha yang berterusan, BIAR SIKIT ASAL ISTIQAMAH. InsyaAllah.Man Jadda Wa Jadda [Sesiapa yang berusaha, pasti dia akan berjaya]IKHTIAR : Ikhtiar apa sahaja yang boleh membawa kita hampir dengan satu matlamat itu. Sebagai contoh, kita ingin menjadi seorang yang mempunyai ingatan yang kuat. Kita boleh cari madu, buah zaiton, kismis, kurma atau apa-apa sahaja yang boleh bantu kita untuk tingkatkan ingatan kita. Tak sama erti dengan Usaha, Usaha pabila kita nak mempunyai ingatan yang kuat, kita berlatih menghafal nombor atau abjad sebagai contoh dalam masa beberapa detik atau hafal satu teks dan cuba recall semula. Mudah bukan? InsyaAllah, dalam apa jua urusan, selalu letakkan niat kerana Allah, lebih afdhal dan berkat amalan kita itu :)TAWAKAL : Setiap Usaha, Perbuatan dan juga Amalan, Pengakhirannya adalah Tawakal.. Tawakal bermaksud kita serahkan segala usaha dan amalan kita untuk dinilai oleh Allah azza wajalla, adakah layak dan baik bagi kita Allah kurniakan apa yang kita hajati? Kadang kala bukan Allah tak makbulkan, Allah hanya cuma uji sedikit kerana Dia mahu berikan lebih baik daripada apa yang kita hajati. Sebagai contoh berdasarkan pengalaman Syuk.
    
       Syuk dulu nak sangat dapat semua A dalam Ujian Pertengahan Semester Matrikulasi 1, Allah tak makbulkan, sebaliknya Allah kurniakan 4 pointer untuk Peperiksaan Akhir Matrikulasi 1 & 2.. Allah, tak tahu berapa kali ntah mahu lafazkan kesyukuran terhadapNya. "Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".Surah Ali-Imran [3:159]#POINT PENTING#Beristiqamahlah dalam Doa,Berusahalah selagi mana ada Daya,Jaga Hubungan dengan Allah, Nescaya Allah akan menjaga segala keperluan kita,Yakin bahawa Doa kita akan di Makbulkan,Dekatkan diri dengan Allah, Syuk Pendosa, begitu juga kita Semua. Tapi tak bermakna Allah tidak akan hampir dengan kita buat selama-lamanya.Usaha mendalami dan dekatkan diri dengan Islam, agamaNya.Allah tak nilai tinggi mana ilmu agama kita, selagi kita berusaha untuk tingkatkan ilmu agama kita.

       Allah tidak lihat kecerdikan, Allah lihat USAHA dan IKHLAS dalam diri kita.Secara jujur, Syuk bukan dikalangan orang yang baik dahulu kala, solat umbang ambing, quran baca merangkak adakala tak berbunyi langsung, ikhtilat lagi tak pernah jaga, campur gaul lelaki perempuan. Tapi Percayalah. Allah tidak lihat kecerdikan kita sekarang, Allah lihat USAHA dan IKHLAS dalam diri kita.Layakkah kita masuk SYURGA Allah? Kejayaan Dunia boleh menjamin Akhirat? Tak boleh ke kita berjaya Dunia Akhirat sekali gus? Apa amalan yang kita ada sekarang ni? Amalan harian kita cukup? Sunnah apakah kita turuti? Al-Quran adakah kita praktis secara amali? Allahurabbi, banyak dosa kita ini. Sedar sedar sedar.Aku tak mahu masuk Syurga dengan markah cukup-cukup makan. Aku nak dekati para sahabat Rasul SAW, Orang Beriman, Orang Syahid, Kekasih-kekasih Allah. Mahu rapaaaat dengan Allah SWT. Allah, Kami Mahu SYURGAMU.MUHASABAH DIRI . Titiskan Air Mata Kita Kerana Allah.Nukilan dari Hamba Allah yang daif dan penuh dengan cacat cela. Kurang pengetahuan ilmu dunia akhirat yang cuba untuk sampaikan dakwah dan nasihat dengan cara yang dia termampu. Syukri Norhamshah.

      Saksi penceritaan dan kisah daku ini adalah benar adalah Allah..Guru Kaunseling yang tak pernah serik dengan masalahku, Siti Noraniza Hana.Kaunselor Matrikulasi ku yang melihat raut wajah sedihku, Rashimi Rashid.Pensyarah Fizik yang selalu beri nasihat kepadaku, Sabariah Mat Razi.Saksi bagi Resultku dahulu dan sekarang ahli keluargaku sendiri Niyaz Arumi,Norhamshah Yaacob, Azza Huniey Buniey dan Rizal Murni.Mahukan Kejayaan Dunia Akhirat, Selitkan Keikhlasan dan Tautkan Hatimu Pada Tuhan.Impikan Keluarga Sakinah, Sahabat yang Itsar, Kehidupan yang Barakah, Syurga yang Indah. ♥

credit to @shukri norhamshah...

credit picture to myself....

Labels: , , , ,

6 Comments


Older Post